Visi Dan Misi

Visi Menyediakan dan mengurus pendidikan Islam yang bersistematik dan berterusan sebagai wadah untuk membentuk dan membina generasi muslim yang berkualiti lagi komited bagi memastikan agar kelangsungan umat Islam pada masa hadapan terus terpelihara dan terurus.

Misi Mencerap kesedaran dan rasa pertanggungjawaban setiap anggota masyarakat terhadap kepentingan pendidikan Islam dalam membentengi dan memperkasakan diri daripada berbagai kemelut cabaran dan gejala negatif yang meruntuh status kemuliaan insan Melahirkan anak-anak didik yang celik agama, berilmu, beriman, beramal, berakhlak murni dan berketerampilan menerusi program pendidikan yang terancang, bertahap dan berkesan.

Mengurus dan menyediakan barisan para pendidik yang mencukupi, berkelayakan, berkemahiran, berwibawa serta berkeupayaan tinggi dalam menghadapi apa juga cabaran dan hambatan. Menyediakan kemudahan dan keselesaan prasarana pendidikan secara berterusan bagi memenuhi hasrat setiap peringkat masyarakat.

No comments:

Post a Comment